Akaun miswak.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Miswak Agent Starter Kit

Miswak Agent Starter Kit

Terima kasih kerana berminat menjadi Ejen Miswak!

Berikut adalah terma dan syarat Miswak PLT (Miswak) untuk ejen penjualan produk Miswak (Ejen). Anda adalah dinasihatkan untuk membaca setiap terma di bawah dengan teliti.


Terma & Syarat Ejen Produk Miswak PLT

1. Penerimaan Sebagai Ejen

1.1 Untuk diterima sebagai ejen, anda dikehendaki:

1.1.1 membeli Pek Permulaan Ejen Miswak bernilai RM120.00 (Miswak Agent Starter Kit) dalam masa tujuh (7) hari daripada tarikh permohonan anda diterima oleh Miswak.

1.1.2 Memberikan maklumat yang diminta oleh Miswak melalui borang pesanan atas talian dengan lengkap; dan

1.1.3 Memenuhi tempoh percubaan Ejen.


2. Tempoh Percubaan dan Pengesahan Sebagai Ejen Miswak

2.1 Tempoh percubaan Ejen adalah selama satu (1) bulan bermula dari satu haribulan pada bulan selepas anda menerima Miswak Agent Starter Kit. (Contoh: Jika anda menerima Miswak Agent Starter Kit pada 3 Februari, tempoh percubaan Ejen selama satu (1) bulan bermula dari 1 Mac hingga 31 Mac).

2.2 Status sebagai Ejen Miswak akan disahkan hanya setelah anda berjaya menjual unit permulaan dalam Miswak Agent Starter Kit DAN membuat pesanan semula untuk produk Miswak dalam tempoh percubaan Ejen.


3. Miswak Agent Starter Kit

3.1 Miswak Agent Starter Kit adalah bernilai RM120.00 dan mesti dibeli dalam masa tujuh (7) hari daripada tarikh permohonan anda diterima oleh Miswak. Pembelian Miswak Agent Starter Kit adalah untuk satu kali sahaja.

3.2 Miswak Agent Starter Kit boleh dipulangkan ke Miswak dalam keadaan lengkap bersama produk Miswak yang tidak dipakai atau dibuka, dalam jangkamasa 2 minggu ke Miswak. Anda perlu menanggung kos pemulangan Miswak Agent Starter Kit ke Miswak.

3.3 Miswak akan mengembalikan nilai harga Miswak Agent Starter Kit setelah menolak harga produk Miswak yang tidak dipakai atau dibuka dan sebarang kos berkenaan Miswak Agent Starter Kit. Penetapan nilai harga pemulangan Miswak Agent Starter Kit oleh Miswak adalah muktamad.


4. Tanggungjawab Ejen

4.1 Setiap Ejen hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk:

4.1.2 menerangkan berkaitan produk yang dikeluarkan Miswak kepada pelanggan atau khalayak di kawasan edaran masing-masing mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Miswak.

4.1.3 tidak menggunakan logo, nama dan hak cipta atau harta intelek Miswak tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada Miswak.

4.1.4 menjaga imej dirinya dan Miswak dari semasa ke semasa.

4.1.5 memaklumkan segala bentuk aduan umum mengenai produk Miswak terus kepada Miswak.

4.1.6 menunjukkan prestasi perniagaan yang baik dalam masa satu (1) bulan untuk mengekalkan status sebagai Ejen.

4.1.7 mendapatkan kebenaran bertulis daripada Miswak untuk sebarang promosi yang ingin dilakukan oleh Ejen secara tersendiri dan bukan promosi yang ditetapkan oleh Miswak.

4.1.8 berurusan dengan ‘dropshipper’ namun segala urusan Ejen dengan ‘dropshipper’ adalah di bawah tanggungan Ejen sendiri. Miswak tidak bertanggungjawab di atas hubungan Ejen dengan ‘dropshipper’.

4.1.9 melayan soalan atau pesanan dari pelanggan Miswak dengan baik dan berhemat;

4.1.10 menghadiri atau menonton sesi perkongsian Miswak atau latihan Miswak yang diberikan pada mesyuarat bulanan sama ada secara online mahupun di lokasi yang ditetapkan oleh Miswak.


5. Tanggungjawab Miswak

5.1 Miswak bertanggungjawab sepenuhnya untuk:

5.1.1 menerangkan produk Miswak kepada Agen mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

5.1.2 membantu Ejen memasarkan produk dengan menyediakan keperluan pemasaran Ejen. 

5.1.3 mengadakan sesi perkongsian Miswak atau latihan Miswak yang diberikan pada mesyuarat bulanan sama ada secara online mahupun di lokasi yang ditetapkan oleh Miswak


6. Tanggungjawab Bersama

6.1 Miswak dan Ejen perlu sentiasa bekerjasama dalam:

6.1.1 memasarkan dan menjenamakan produk Miswak untuk diterima dan dipercayai oleh semua pengguna secara am.

6.1.2 Miswak terbuka untuk menerima cadangan dan aduan dari Ejen untuk tujuan penambahbaikkan bersama dan secara am.

6.1.3 Ejen perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan yang dilakukan oleh Miswak Syarikat dan sentiasa memberikan sokongan kepada Miswak.


7 Harga Dan Promosi Produk Miswak

7.1 Miswak berhak menetapkan harga jualan minimum runcit, Ejen, dropship, promosi dan tempoh promosi untuk produk Miswak yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. 

7.2 Ejen dilarang menurunkan harga lebih rendah daripada harga jualan minimum runcit, Ejen, dropship yang ditetapkan oleh Miswak atau membuat sebarang promosi produk Miswak tanpa persetujuan bertulis daripada Miswak. Tindakan tegas akan diambil ke atas Ejen yang mengingkari perkara ini.


8. Sasaran Ejen

8.1 Setiap Ejen yang disahkan mesti membuat pesanan semula sekurang-kurangnya 50 batang produk Miswak setiap bulan (gabungan jumlah jenis Miswak Regular dan Miswak Travel). 

8.2 Miswak akan membuat penilaian prestasi Ejen dan prestasi jualan Ejen setiap tiga (3) bulan. Sekiranya prestasi pesanan semula Ejen tidak mencapai tahap sasaran yang ditetapkan, Miswak berhak mengambil tindakan disiplin ke atas Ejen.

9. Pembayaran Harga Produk Miswak

9.1 Semua pesanan Produk Miswak mestilah dibuat melalui sistem pesanan di laman web pesanan Miswak dan dibayar secara tunai atau melalui transaksi ke akaun bank Miswak yang ditetapkan. Tiada urusan secara cek atau kredit dibenarkan.

9.2 Pesanan hanya akan diproses Miswak setelah Miswak menerima pembayaran penuh untuk pesanan Produk Miswak beserta bukti pembayaran yang telah dimuatnaik pada laman web pesanan Miswak. 

9.3 Kos penghantaran produk ke Ejen adalah atas tanggungan Ejen sendiri. 


10 Pemulangan Produk Miswak

10.1  Setiap produk yang telah dibeli daripada Miswak tidak boleh dikembalikan ke Miswak, sama ada untuk pemulangan wang atau pertukaran barang, melainkan dengan persetujuan Miswak dan hanya untuk perkara-perkara berikut:

10.1.1 Produk Miswak yang diterima rosak (pembungkusan terbuka atau kotak rosak teruk) yang membuatkan produk Miswak tidak dapat dijual. Dalam hal ini, 

10.1.2 Lain-lain masalah pada produk Miswak yang membawa kesan kepada kualiti produk Miswak untuk dijual.

10.2  Ejen perlu menghubungi Miswak dalam dua (2) hari setelah menerima produk Miswak yang rosak dan menghantar gambar sebagai bukti kerosakan. 

10.3  Miswak berhak untuk tidak bersetuju dengan pemulangan Produk Miswak untuk pemulangan wang sekiranya sebab pemulangan adalah tidak munasabah.

10.4  Kos pemulangan barang ke Miswak akan ditanggung sepenuhnya oleh Ejen melainkan jika terdapat persetujuan lain daripada Miswak. 

10.5  Sila pastikan barang yang diterima dari Miswak atau pihak pos diterima dalam keadaan baik.


11 Kawasan Edaran

11.1 Kawasan edaran Ejen tidak terhad kepada satu kawasan sahaja.


12 Insentif Untuk Ejen

12.1 Bergantung kepada kedudukan kewangan dan budi bicara Miswak, insentif Ejen akan diberikan kepada Ejen terbaik bulanan yang menunjukkan peningkatan jualan produk Miswak yang memberangsangkan. Keputusan yang akan dibuat dan hadiah yang diberikan oleh Miswak adalah muktamad.


13 Pelucutan Status Ejen

13.1 Salah laku yang boleh menyebabkan perlucutan status Ejen Miswak termasuk:

13.1.1 mengubah harga jualan minimum yang telah ditetapkan oleh Miswak atau menjalankan sebarang promosi tanpa kelulusan Miswak;

13.1.2 tidak melayan soalan atau pesanan dari pelanggan Miswak;

13.1.3 tidak menghadiri atau menonton sesi perkongsian atau latihan yang diberikan pada mesyuarat bulanan sama ada secara online mahupun di lokasi yang ditetapkan oleh Miswak.

13.1.4 membekalkan produk kepada wakil jualan/outlet/dealer lain tanpa kebenaran bertulis daripada Miswak.

13.2 Sekiranya terdapat salah laku atau aduan sebanyak tiga (3) kali, tanpa sebarang usaha Ejen, Miswak HQ berhak melucutkan status Ejen 

13.3 Wang tidak akan dikembalikan untuk produk Miswak yang belum dijual dan berada dalam tangan Ejen selepas pelucutan status Ejen.


14. Perkara-Perkara Lain

14.1 Perubahan Terma dan Syarat: Miswak berhak mengubah terma dan syarat Ejen Produk Miswak ini dengan menghantar satu notis (termasuk melalui email) dari semasa ke semasa.

14.2 Notis: Sebarang notis yang akan disampaikan di antara Miswak dan Ejen adalah secara bertulis. Miswak menggalakkan Ejen menggnakan email untuk sebarang urusan formal.

14.3 Penyerahhak: Ejen tidak boleh menyerahhakkan atau memindah hak atau obligasinya di bawah terma dan syarat ini.

14.4 Undang-Undang Mengawal: Terma dan syarat ini ini akan dikawal menurut undang-undang Malaysia.

14.5 Perubahan Terma dan Syarat: Sebarang pindaan kepada terma dan syarat ini hanya boleh dibuat oleh Miswak dan akan menjadi efektif setelah dimaklumkan oleh Miswak (termasuk melalui email atau di laman web Miswak) tanpa keperluan untuk memasuki sebarang terma dan syarat formal atau dokumen tambahan. 

14.6 Keseluruhan Terma dan Syarat: Terma dan syarat ini dan sebarang dokumen atau instrumen lain yang dilampirkan di sini menggabungkan kesemua terma dan syarat ini dan mengatasi semua perundingan lisan dan surat menyurat terdahulu. 

14.7 Boleh Asing: Sebarang terma dan syarat ini yang tidak sah, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasa di sebarang bidangkuasa akan, menjadi tidak effektif setakat ketidaksahan, halangan atau ketidakbolehan penguatkuasaan itu tanpa menjejaskan peruntukan yang selebihnya.

14.8 Penepian: Miswak boleh menangguhkan atau memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan jika Ejen mengingkari sebarang terma dan syarat ini. Miswak tidak akan, melalui tindakan tersebut di atas atau peninggalan dianggap sebagai membiarkan pengingkaran tersebut dan hak Miswak untuk mengambil tindakan jika terma yang sama atau terma lain diingkari tidak akan terjejas. Miswak tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang berbangkit daripada melaksanakan atau tidak melaksanakan hak tersebut. 

14.9 Kerahsiaan: Ejen berada di bawah kewajipan kerahsiaan yang mutlak kepada Miswak dan tidak akan mendedahkan kepada mana-mana orang atau mana-mana syarikat tentang maklumat sulit mengenai organisasi, perniagaan, kewangan, urusniaga atau hal ehwal Miswak. 

14.10 Pengganti Dan Penerima Hak: Terma dan syarat ini akan mengikat terhadap Ejen, waris, estet, wakil peribadi dan pengganti dalam haknya dan penerima hak.


- TAMAT -



Sekiranya anda bersetuju dengan terma dan syarat di atas, sila lengkapkan borang di bawah.

Miswak Agent Starter Kit ini khas menanti anda.

Dapatkan jumlah unit yang minima berserta buku informasi yang berwarna dan bergambar. Saiz buku informasi yang kecil dan ringan, boleh dibawa ke mana sahaja, memudahkan anda memberi penerangan tentang berus gigi Miswak Pertama di Dunia ini. 

Sejumlah flyers berwarna juga dibekalkan untuk setiap pembelian Starter Kit, memudahkan anda membuat salinan sendiri untuk digunakan pada masa akan datang.

Nak menjual di media sosial? Pastinya boleh! Sebanyak 30 gambar digital akan dibekalkan sebagai permulaan untuk anda gunakan di media sosial.

Sasaran jualan HANYA 50 batang (kombinasi Regular dan Travel) setiap bulan!

Jangan tunggu lagi! Dapatkan Miswak Agent Starter Kit anda hari ini!


*  *  *  *  *  *  *  *  *  *